JurNaL P&P MaTemATik

INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDF

PENENTU PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR-PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERLIS
http://eprints.uum.edu.my/1358/1/ZATINA_BT._MOHD._SAID.pdf

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR
http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf

Jurnal ini membincangkan mengenai masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 luar bandar berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan faktor persekitaran. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaanya amat meluas di dalamkehidupan harian. Mata pelajaran matematik yang diajar di sekolah untuk membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran kritis serta bersistematik. Perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Namun begitu mengikut kajiannya pencapaian pelajar di luar bandar didapati tidak ramai memperolehi keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Kajian yang dilaksanakan juga mendapati kegagalan yang berlaku bukan disebabkan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa mereka,tetapi kerana mereka gagal dalam bahasa Inggeris dan kelemahan kaedah pengajaran. Kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik telah menyebabkan mata pelajaran ini seringkali menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada pelajar bahkan guru-guru dan ibu bapa. Kebimbangan ini menjadi semakin serius apabila mata pelajaran ini diajar dalam bahasa Inggeris.

2 comments:

Norma bt Ismail berkata...

Salam...
Pada pendapat saya, saya amat bersetuju pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris telah menyukarkan pembelajaran pelajar terutama pelajar luar bandar. Hal ini kerana, mereka kurang mendapat pendedahan dalam penggunaan bahahasa inggeris dalam kehidupan mereka seharian. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran matematik dengan berkesan

marianihasan berkata...

Pada pendapat saya, tidak dinafikan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris amat sukar terutamanya bagi pelajar luar bandar. Ini kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, tetapi persepsi pelajar itu sendiri yang menganggap bahawa matematik dan sains merupakan ''killer subject'' menambahkan lagi kesukaran untuk mendalami ilmu matematik dan sains. Malah, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan ini. Pelajar memrlukan persekitaran yang kondusif dan tenang untuk belajar. Justeru itu, kerjasam dari semua pihak terutama guru dan ibubapa sangat penting bagi mengatasi masalah ini. Sokongan moral dan kewangan perlu bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam matematik dan sains.

Catat Ulasan